http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Monday, July 16, 2012

#4 Ortho: Operation then CME

♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥

 Dalam setengah bulan ni, dah 5kali oncall berturut-turut.

Oncall - postcall off- oncall- postcall off- oncall lagi




Tak ada kaitan dengan entri pun. Nampak benda putih tue? tulang terkeluar



Bukan aku nak mengeluh, tak bersyukur apatah lagi.. yelah, kalo oncall esoknya cuti. Untung apa?
Tapi kalo dah EOD oncall camni, hilang gak nikmat hidup..haha.
Ko akan balik rumah untuk tidur, recharge energy, pastu esok oncall balik. Kalo untung tak sibuk dapatlah rehat masa oncall, kalo tak, berjaga malam la..

Oncall bulan ni selalu dapat partner aku namakan " kena angin pun jatuh". Nickname dia. Yelah kurus kering pastu kena angin aircond pun dia nak melayang..haha.
Setiap kali oncall ngan mamat " kena angin pun jatuh", sure ada je kes operation. Yelah sebelum ni aku selalu bernasib baik, dapat tidur lena tak payah masuk operation. Tapi ngan mamat ni sure aku ada kes..
Sampai aku cakap " aku tak mau oncall ngan ko!!"

Sebelum aku start oncall malam, kawan aku dah kol aku.
Z : ko kat ne??
Aku: saya kat rumah la. Baru kol berpa? Relax la. (kul 11 baru start syif aku malam tue)
Z: wei, ada kes kena masuk OT ni. Ko kena masuk sebab aku dah nak abis syif. Patient ni masuk combine ngan surgical, ortho masuk pas surgical abes buat.

Aku ni dengan baru bangun tidur,baru habis iron baju, terus cepat-cepat mandi cam koboi, pecut cam F1, gi hospital.
Serius, aku rasa aku selalu langgar lampu trafik kalo pergi hospital. Aku tak berani tengok saman aku kat website JPJ tu.

Aku yang selalu dapat tidur, pagi-pagi buta dah ada dalam dewan bedah tunggu turn masuk operation.
Adik 14 tahun accident dan patah tulang paha ( femur fracture). Dan MO aku malam tue, MO perempuan.
Sepanjang aku ortho, aku tak pernah masuk lagi untuk plating femur. Mana aku tau kena tarik kaki patient.

Yang paling mengejutkan, adik 14tahun ni sangatlah comel, berat dia 60kg!!
Muka dah la cam adik aku Min yang chubby tue.
Nak buka bahagian thigh pun tebal gile isi nye.
MO R: soleha, u berdiri belah sini plak
Aku gi berdiri sebelah dia, serius aku blur aku buat apa.
MO R: belah sini la..
Aku dengan ke'blur'an pun berdiri la sebelah satu lagi.
MO R: nanti u buat manipulation kat kaki dia, tarik dan buat external rotation.

Kalo lah tak pakai mask, mungkin leh tengok aku puyer mulut ternganga luas masa dengar kena tarik kaki adik 60kg ni. WHAT!! tarik??
Kira buat open manipulation, dapat rapatkan fragment tulang yang patah,pastu baru leh plate (masuk besi)

Awal-awal, puyer semangat tarik.. OK, tarik...external rotation sikit, relax sikit..tarik lagi sikit...tarik lagi
Berulang-ulang kali tarik kaki, dah berkerut-kerut dahi aku lawan tarik kaki (cam tarik tali)
Fragment fracture tue dapat mantain sekejap pun lari balik.
MO aku pun dah mengeluh sebab tak dapat plating lagi.

Tangan aku pun dah rasa nak patah, veins kat tangan dah timbul, tangan tak dapat dah tarik sampai kemas kat bahagian wrist..gile sakit..
Tarik lagi..tapi semua sia-sia, orang yang tarik sakit, yang MO aku tengah betulkan tulang pun tak larat dah.
Hampir-hampir nak panggil " kena angin pun jatuh" masuk tolong tarik. Berat dia pun ringan dari adik ni, ko rasa dia mampu?? haha (gelak jahat)

Pastu sampai MO senior yang lelaki.Penyelamat kami kaum perempuan. Dengan bantuan dia, kami dapat abiskan plating. Alhamdulillah.

Tapi tugas aku tak habis takat itu, selepas tue, patient open fracture plak masuk. Nak buat K-wire, masa tue dah pukul 4pagi. Mampusla aku. MO aku plak bajet operation ambil masa 2jam plak. Biar betul??
Selalu aku assist tak pernah la selama tue untuk buat K-wire.
Alhamdulillah hanya setengah jam saja masa diambil. Aku nak abis energy dah masa tue, bila MO kata nak terima patient lagi untuk masuk operation, menyebabkan aku terpaksa assist 3 patient berturut-turut. Lemah lutut dengar.
Tapi dengan izin-NYA tetiba ada emergency dari O&G dan operation yang ke-3 terpaksa dibatalkan. Bergembira betul aku.hehe.

Kul 5pagi masuk bilik untuk prepare buat presentation kul 8pagi plak. Gila penat dan aku sendiri tau aku tak dapat berfikir dengan betul dah pagi tue. Terlalu blur dah nak sambung kerja. Aku dah terlelap beberapa minit sebelum start review patient dan prepare nak gi CME. Otak aku dah tahap, ko nak buat apa pun, aku dah tak kisah, nak berfikir pun malas. Masa CME dah kena bantai, tapi biasa la semua orang pernah kena, asalkan hampir abis tugas aku kat department tinggal hantar buku log je tinggal. Tapi Mr S cool plak pagi tu, siap buat lawak bila jumpa aku kat wad. Anda comel kalo anda senyum (dia tak reti cakap melayu pun :P).
MO R aku pun muka pucat pagi tu, tak cukup energy. Dua -dua bagi hint, aku faham ko penat kan?? haha.

Camne la kalo aku jadi MO nanti, surgical based mungkin bukan pilihanku nanti.

P/s: esok oncall lagi... jangan la dengan " kena angin pun jatuh" lagi. hampir ada shoulder dislocation.



jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

0 pesakit datang ambik MC:

Post a Comment

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...