Sambungan dari entri #4 Ortho
Selepas CME, LEGA!!
Wad round, fuuuhh semangat, pakar yang serang aku pagi tadi, tak marah plak aku masa round. Soalan dia berjaya aku tepis masa round dengan berdebarnya.
Secara tak rasminya, aku dah jadi senior houseman untuk ortho department. Serius aku tak sanggup terima 'jawatan' tue, disebabkan aku tak terer pun dalam ortho. Selalu je tak dapat jawab.Tak se-confident semasa aku senior dalam department-department lain sebelum ini.
Cuma aku confident kalo nak suruh aku buat procedures. Yah, tue je pakej yang aku ada.knowledge dahla zero so, kenalah backup dengan something.
Masa round, pakar ada beberapa kali tegur 'hasil tangan' houseman-houseman junior yang baru masuk posting. Hasil tangan untuk I&D (incision & drainage), WD (wound debriment) misalnya. Kebanyakkan procedure camni HO je kena buat kat wad termasuk Ray's amputation.
Kebanyakkannya tak adequent, dorang takut-takut lagi nak potong banyak, tak buat sebanyak mungkin.
Aku pun agak kecewa bila tengok apatah lagi pakar yang tengok.
Paling kecewa sebab dorang buat sesama junior dan tak tanya senior cam MO atau senior houseman lain. Padahal ramai ada semalam, tak mati pun kalo tolong tanya pandangan, minta tolong tunjukkan cara.
Aku lagi suka kalo ada orang tanya dari buat 'bodoh pandai' dan buat suka hati pandai sendiri. Disebabkan aku dah tak ada tenaga untuk diri sendiri, aku simpan je dari marah.
Pakar aku siap bagi warning, junior HO tak boleh buat sebarang procedure melainkan depan MO or senior or nurse.
MO yang aku rapat sorang ni siap bisik-bisik kat aku kat belakang.. Pss ko kan senior sekarang..apa lagi..ajar sikit dorang.
Nak ajar apa, kalo dorang sendiri tak minta tolong. Semua kat situ dah besar panjang, takkan setiap kali aku nak suruh dorang berkumpul, hari ni aku nak tunjuk cara nak buat I&D..camni caranya...
Korang nak belajar, kena la cari guru sendiri. Tapi ada gak cari guru yang ajarannya sesat plak.
Masalahnya dorang senior,dah banyak posting dari aku, mungkin ego atau pun segan ngan aku dan houseman lain.aku pun segan gak dengan dorang, takkan aku yang junior beberapa posting ni nak arah dorang plak. Mau dorang kata aku berlagak. So,aku bersifat neutral. Nak minta aku ajar boleh tapi kalo nak tanya soalan,aku tolak awal-awal.hehe
Cam kawan aku ni nak buat vacuum dressing kali ke-2 katanya dia buat. Kali pertama dengan junior( senior banyak posting) gak.
Bagus la semangat gak dia nak buat vacuum dressing dan minta tunjuk akar walaupun pernah buat.
Pastu aku tanya mana gelunet. Dia tanya aku balik " apa tue??"
Aku keluarkan dua gelunet bila tengok luka pakcik tue agak besar.
Kawan aku : eh, ni untuk apa?
Aku : Asas nak buat vacuum dresing kena ada bla..bla..bla.. pas nak ada semua,,..bla..bla.. buat cam sandwich..pastu letak opsite...bla..
(panjang lebar aku terangkan).aku memang semangat kalo buat benda-benda camni. Pastu dapat tahu plak sebelum ni dia belajar cara silap. Tak pe sekarang dah tahu cara betul. Buang ego tak rugi kan? Ko belajar,aku dapat pahala pastu dia plak ajar orang lain selepas ini. Pastu kalo aku tak pandai nak manage patient, aku plak akan minta tunjuk ajar dia. Give & take tak kira la senior atau junior. Sekejap di atas sekejap di bawah.
Sekarang aku senior posting tapi pasni aku masuk posting lain aku junior balik cam dia jugak. Kena belajar dari awal balik. Semua akan lalui benda yang sama. Yang penting ego kena buang tak kisahla orang yang ko nak minta tunjuk ajar tue 1st poster sekalipun tapi dia dah lama dalam sesuatu posting. Tak rugi kan?
Akhirnya, vacuum dressing berjaya dibuat. Success.
Di wad sebelah plak, aku buat kunjungan mengejut, dorang tengah buat Ray's amputation. Orang yang tengah buat adalah ' anak buah aku sendiri'. minggu lepas aku dah ajar buat. Sekarang turn dia plak ajar junior baru. Lega bila ajar orang, pastu dia plak ajar orang lain. Ilmu diturunkan.
Tapi paling tak besh, pasal Ray's amputation, aku ada tolong seorang ni, dia senior posting dari aku, tapi dia tak pernah buat Ray's sendiri dan minta pertolongan aku. Yelah, aku kan suka benda-benda 'kotor' ni. Puyerla payah nak cabut jari kaki makcik ni..lama gak. Aku ni perfectionist sangat kalo bab-bab 'hasil tangan aku ni. Alhamdulillah aku buat sampai puas hati. Lega.
Tapi yang tak beshnya, esoknya bila dapat tahu, pakar puji 'hasil' kerja tue, tanpa tahu hasil kerja aku dan dok puji senior aku ni. Senior aku ni pun tidak mengidakkan bukan hasil kerja dia, padahal aku la dok berpeluh-peluh pecahkan tulang, bertahan dengan bau nanah. Bila lembu punya susu, sapi dapat nama. Biarlah hari dia... sedih tul aku bila dapat tahu.
Nampak benda putih tue?? nanah meleleh.
Bau tak dapat diungkap. Bayangkan aku bertahan hidung toreh keluarkan nanah. Tapi takat tue je aku teruskan, sebab nanah sampai atas dan better buat dalam dewan bedah, stop je.
Baiki edge dan bagitau pakcik, rasanya kena masuk dewan bedah ni.
Ni la kerja aku dalam wad, busuk-busuk, kotor-kotor.
Orang kata aku ada surgical skill tapi aku tak suka masuk dewan bedah yang sejuk tue. Cukup la di wad.
Masa aku buat kaki pakcik ni, blade jatuh ke lantai secara menegak, terpacak kat lantai. Alhamdulillah tak kena kaki aku. Disebabkan pus, gloves aku licin dan grisp aku loss. Kalo tak, mau aku kena pergi kecemasan untuk kena inject ATT.
Dah penat-penat, kul 2 pun dah, aku leh balik rumah tapi ada seorang patient nak hantar untuk CMR. Junior-junior aku ni pulun tau tak mau pergi. Tak mau pergi, tak belajar. Sapa rugi? Nanti korang oncall pandai-pandai korang la kan?
Aku dengan separuh sedar, dengan mamat " kena angin pun jatuh" yang mata hampir terkatup, prepare sedation untuk CMR, bawa patient turun bawah. Siap leh tak sedar terbawa patient dengan Krimer wire sekali. Nasib la aku yang separuh sedar terperasan, tangan makcik berbalut dengan Krimer wire.. Gelak-gelak kami masa tu. Dua-dua orang postcall hantar patient dengan mamai. Maunya kena marah.
Tapi yang sakitnya, aku kena tarik tangan makcik ni sekali lagi. Pagi-pagi tarik kaki, ni tarik tangan. Dah nak shoulder dislocation dah aku. Aku dahla pakai kasut tinggi plak pagi tue.. berbaju kurung.
Masa ni, aku rasa aku dah lama tak bersenam. Dulu dengan wakil hoki, boling, main squasy (suma game yang guna tangan, aku masuk) tangan aku hypertrophy. Sekarang dah setahun tak bermain, bersenam lagi la tak, tangan dah atrophy, nak buat CMR pun tak larat. Balik rumah dah kebas sebelah tangan. Apa ni?? mana tangan aku yang aku banggakan?? haha.
Tak percaya, aku tak bersenam, kuat makan,.energy kurang. Aku dah makin tua!! Tolonglah sapa-sapa yang nak main sukan , tolong ajak aku sekali. Tapi aku tolak jogging..haha.
Tapi tak lama lagi nak masuk bulan Ramadhan. Selamat Berpuasa.
P/s: Dorang bagitau nama aku dalam O&G department selepas ni. Wah , aku tak habis lagi, tapi nama dah ada dalam jadual.
jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)
0 pesakit datang ambik MC:
Post a Comment
rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)