http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Monday, July 23, 2012

Ortho: The END



♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥

Fasciotomy

Tak mau dah sambung nombor untuk Ortho. cukup..cukup sudah...cukup sampai di sini saja..

Seriously lega dapat habiskan posting ortho ni. Lega sangat..sangat. Alhamdulillah.
Terasa 4bulan tue, lama sangat dalam ortho ni.
Ingat lagi awal-awal tue, selalu kena target dengan pakar, disebabkan aku antara yang baru masuk posting dan kira junior posting. Rasa sangat-sangat tak besh posting ini.

Siap pakar beberapa kali bagi warning ": I'll extend You!" in front of one ward depan MO, HO, pesakit, nurse semua. Masa tue, nak suruh aku cakap apa.. diam je la.. extend, extend la...Dahla aku bukan jenis yang melawan, bantah semua ni.  Diam je la. Tapi yang peliknya, kawan aku bagitau, aku dok diam tue, lagi orang tengok rasa nak marah..biar betul! Muka aku memang camni, takkan aku nak buat nangis plak depan satu wad. Tak cool ok.

Betul la kata houseman-houseman yang terdahulu, kalo masuk ortho bukan penat fizikal, tapi penat mental. Kena serangan pakar tak habis-habis. Nasib aku agak baik disebabkan MO suma baik dengan aku, ada yang kenal aku sejak kat USM lagi. I'm quite lucky actually ada pembela-pembela aku di belakang. Kalo tak, sure dah lama kena 'hukuman gantung'.Terima kasih pakar-pakar kerana tak sampai hati nak extendkan saya. Harap saya tak kerja KK, tak mau refer case ortho. Leh tak camtu?? hehe

Sebenarnya ortho ni sangat menarik, unik dengan examinations yang bermacam-macam. Kalo nak exam knee contohnya, macam-macam tests ada kat knee, tak masuk spine semua tue. Tapi kalo kaitkan dengan anatomy, aku memang FAIL!
Investigation, darah sikit je, yang penting X-rays. Ct-Scan and MRI baca je impression radiologist kan? Hehe.

Procedures dalam wad, boleh la nak buat. Tapi masuk OT, nak manipulate kaki tangan orang.. aku betul-betul surrender. Cukupla.
Lagi lama , aku boleh dapat PID kalo tak pun, shoulder dislocation.

Tapi aku betul-betul lega dapat tamatkan posting ortho ni tanpa extend..syukur sangat.
NO MORE Ray's amputation. Kalo tak tiap-tiap hari ada je " Soleha, tolong tengok kami nak buat Ray's amputation, betul tak camni"...
Tak de lagi jari-jari kaki aku perlu cabut...
Selepas ni, dah tak ada gambar-gambar ngeri cabut kaki orang dah..last picture yer

Makcik-makcik pakcik-pakcik yang menghidap kencing manis di luar sana sila la jaga kaki anda.


Lunch last bekerja kat ortho, sehari sebelum puasa actually, siap 'celebrate' makan kat domino's. Tgh syok makan, nurse call patient nak masuk operation theater. 





 Motif sangat kan??  Last day oncall dan bekerja kat ortho perlulah tangkap gambar sebagai BUKTI. 21 Julai 2012 jam 12.08 pagi.

Oncall last dengan MO 'Skandal gi wayang sekali' (akmal suka reka cerita palsu)  dengan 1st call HO yang J*N*H (tak leh sebut selalu nanti dapat kat diri sendiri). Last day MO ni dapat 'ketuk manja' kepala aku :P. Tau la ko tue tinggi, slumber je sentuh kepala aku.kan.

Sekarang..tengah bercuti berehat di bulan puasa. Sangat heaven, sekarang di Ipoh pula. Kalo tak, nak je lawat kawan-kawan kat JB tue, tapi kewangan tak menginzinkan plak. Nak raya kutip batu plak


p/s: tak sangka ada seorang auntie ni still ingat aku " doktor, U ingat I tak? U bawa I pergi sg petani klinik mata itu hari". serius aku tak ingat.. Pastu, baru ingat sepanjang 4 bulan ni, sekali je aku bawa pesakit. Pesakit yang tegur aku tue la. Buat baik orang ingat kita tapi ada gak pesakit, keburukan kita pun dia ingat.



jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

0 pesakit datang ambik MC:

Post a Comment

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...