http://bling-bling-ropol-ropol.blogspot.com

Sunday, July 08, 2012

Melanggar Etika sebagai Doktor

♥ Assalamualaikum & Salam Bling-bling ♥





Dalam pekerjaan seharian, melayan kerenah pesakit adalah salah satu cabaran. Tak kisah kamu seorang doktor atau nurse, PPK atau cleaner sekalipun. Tapi paling memeningkan kepala selalunya relative atau keluarga pesakit. Kadang-kadang sikap dorang lagi menjengkelkan berbanding pesakit.

Ada berlagak pandai sekalipun di hadapan pakar sendiri. Mungkin jugak relative yang berpendidikan tinggi atau pun sudah 'google' penyakit pesakit di internet sebelum berjumpa.

Tapi, entri ini bukan sahaja berkaitan kerenah relative tetapi juga credibility sebagai seorang doktor yang ikhlas, bertanggungjawab dan berdedikasi.

Seorang pesakit (muda lagi), mewakili satu acara sukan negeri, kemalangan dan dimasukkan di wad untuk kecederan belakang. Pesakit tidak dapat bermain untuk berehat sekurang-kurangnya 3bulan atas nasihat pakar.
Diminta oleh relative untuk stay di wad lebih dari yang sepatutnya untuk menjalani peperiksaan di wad disebabkan susah untuk duduk lama. Perkara ini dibenarkan oleh pakar.

Sebelum discharge, ayah pesakit telah datang kepada salah seorang kawan aku (junior 1st posting) untuk meminta kawan aku mengubah history anak (pesakit). Dikatakan pihak insurans tidak mahu membayar disebabkan pesakit bukan dilanggar tetapi hanya jatuh dari motosikal yang dipandu kawannya.
Kawan aku sendiri tidak pasti samaada dibenarkan untuk mengubah history pesakit telah bertanya kepada pakar sendiri berkaitan hal berkenaan.

Pakar dengan tegasnya tidak membenarkan perkara ini berlaku (menukar history yang tidak betul).

Selepas itu ayah pesakit telah datang merayu kepada kawan aku untuk menukar history, kawan aku yang serba salah menerangkan bahawa pakar tidak membenarkan.

Selepas itu, ayah pesakit mengamuk di kaunter, mengatakan hal itu tidak masuk akal, dan meminta kawan aku mengubah jugak history pesakit..

Melihat muka kawan aku yang serba salah, dengan tidak tahu buat apa lagi untuk terangkan ayah pesakit.
Bayangkan, tetiba ayah tue tinggikan suara kat kaunter, semua orang terkejut.
Pastu nak marah-marah.
Kawan aku dah pandang aku (dengan muka cam tolonglah aku).
Aku yang melihat dari tadi, ayah pesakit menengking kawan aku.

Aku dengan tenangnya berkata " Encik, macam yang kawan saya cakap. Surat yang kawan saya tulis, kami tidak boleh ubah apa-apa. Kami tulis apa yang terjadi, pakar sendiri sudah cakap yang apa yang benar je kami report di situ, kami tidak boleh ubah apa".

Pastu dia mengamuk plak kat aku " TAKKAN tak boleh ubah sikit je, kata kemalangan. Bla..bla.."

Aku pun ada angin gak. Dahla banyak pesakit yang tak beres lagi, pastu nak layan ko sorang. Ni bukan kali pertama ayah pesakit buat hal, aritue pun dok marah-marah kat wad la.

Aku dengan geram tapi dapat lagi tahan muka marah aku dengan tegasnya " Encik, sebagai doktor, kalo kami mengubah history, ini akan melanggar etika sebagai seorang doktor. Kami minta maaf"

AMBIK KO!!!

Terus encik tue terdiam bila aku cakap pasal etika.

Sentap ko!!
Terus ayah pesakit, terdiam dan tetiba cakap lembut " Tapi camne dengan anak saya, camne dengan masa depan dia, dia tak boleh wakil sukan, duit tak dapat, takkan saya nak saman kawan anak saya plak....."

Masa tu, nak je aku cakap sal takdir, tapi tak sampai hati plak aku buat ceramah agama depan kaunter.
Asalkan ayah pesakit dah tak marah-marah cam tadi.
Pastu kawan aku dah take over, aku dah tak layan benda-benda yang menyakitkan hati.  Memang ada ketika kita dapat berlembut dengan relative tapi ada ketika kita perlu bertegas dengan mereka. Kalo korang dok layan sampai kul 5 pakcik tue dok suruh kawan aku, tak habis kerja la...

P/s: Aku kalo garang memang SCARY. Tapi aku memang garang. Kawan aku siap cakap, ko kalo jadi MO sure garang kan?? tulis ni (sambil tekan-tekan kat meja)..HAHA. Tau pun ko.


jangan lupe LIKE FB page BLING-BLING ROPOL-ROPOL kat sidebar tue :)klik sekali sehari :)

3 comments:

rajinkan tgn untuk bgtau sakit ape..hehe..ops komen anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...